BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN SESI 2024 BAGI ANAK KAKITANGAN °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½±

Zakat Universiti mempelawa kepada semua kakitangan °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± untuk memohon BANTUAN ZAKAT PERSEKOLAHAN BAGI ANAK KAKITANGAN °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± sesi 2024.

Permohonan perlu dibuat melalui atas talian di URL

1. Syarat Permohonan:
• Warga Kakitangan °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½±
• Beragama Islam
• Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
• Umur anak yang bersekolah 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2024)

2. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Pendapatan Suami dan Isteri Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri/ Tidak Bekerja – Suri Rumah)
• Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan (Anak yang bersekolah sahaja)
• Sijil Kematian (Jika berkenaan)
• Sijil Cerai (jika Berkenaan)
• Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)
* Di ruangan maklumat tanggungan, sila isi kesemua tanggungan termasuk pasangan.

3. Kadar Bantuan Persekolahan (one-off):
• RM200.00/pelajar sahaja.

Tarikh Permohonan : 15 November 2023 hingga 31 Disember 2023

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian :
• 03-8921 4225 (Bangi)
• 03-9145 6526 (Kampus KL)