Latar Belakang
Ìý
Bahagian Zakat Jabatan Bendahari ditubuhkan hasil dari MoU antara °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun 2005. Rentetan dari MoU ini, dibentuk dua jawatankuasa yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal zakat di °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± yang mana, TAZ°ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± merupakan jawatankuasa induk dan JAZ°ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± sebagai jawatankuasa agihan zakat.
Ìý.
Jawatankuasa TAZ°ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± berperanan menjalankan semua bidang kuasanya sepertimana yang telah diperuntukan iaitu:
.
- Memantau dan mengawal segala urusan yang berkaitan zakat di °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½±.
- Membuat keputusan terhadap dasar dan fungsi zakat °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± tertakluk kepada kawalan dan nasihat pihak Universiti dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
- Menubuhkan Jawatankuasa dan menurunkan kuasa kepada mana-mana jawatankuasa atau ahli untuk menjalankan tanggungjawab pengurusan zakat.
- Meluluskan pengurusan dana zakat, aktiviti, perancangan dan program termasuk semua perkara di bawah bidang kuasa yang dibenarkan.
.
Jawatankuasa JAZ°ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± pula berperanan menjalankan semua bidang kuasanya sepertimana yang telah diperuntukan iaitu:
.
- Mengurus dana agihan zakat mengikut tatacara pengurusan agihan yang telah ditetapkan.
- Memastikan keberkesanan pengurusan agihan yang dirancang dan dijalankan.
- Merancang jenis bantuan, kadar bantuan, aktiviti dan program yang komprehensif kepada penerima
.
Di bawah 2 jawatankuasa ini, terdapat Bahagian Zakat yang terdiri daripada 7 orang kakitangan bertanggungjawab menjalankan segala urusan pentadbiran berkaitan hal ehwal zakat seperti yang dirancang dan diputuskan oleh jawatankuasa-jawatankuasa di atas.
.
Malah, beberapa kelebihan secara signifikan diperolehi hasil dari MoU tersebut antaranya, °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± dilantik sebagai Penolong Amil yang berkuasa mengutip dan mengagihkan zakat terus kepada warga dengan nisbah agihan 1:1 di antara °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± dan LZS. Nisbah tersebut berdasarkan dari jumlah keseluruhan kutipan zakat tahunan di °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½±. Pembahagian 6.25% diperuntukan untuk pengurusan pentadbiran, manakalah 43.75% agihan kepada 5 golongan asnaf yang layak.Ìý
.
Bahagian zakat mendokong penuh aspirasi °ÄÖÞÐÒÔË10¿ª½± dalam membangunkan institusi cemerlang, berinovasi dan produktif dengan menyediakan 21 jenis bantuan zakat kepada kakitangan dan pelajar yang berkelayakan. Bantuan-bantuan ini sangat berpotensi dalam membentuk sumber manusia yang cemerlang untuk kesinambungan institusi yang gemilang.
